Stokis Francais Ecosway

11

11

12

12

13

13

14

14

15

15

16

16

17

17

18

18

19

19

20

20

21

21

22

22

23

23

24

24

25

25

26

26

27

27

28

28

29

29

30

30

31

31

32

32

33

33

34

34

Perniagaan Stokis Francais Ecosway

Perniagaan stokis francais ecosway

Perniagaan Francais di kategorikan sebagai perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak francais itu pula ialah Francaisor. Perniagaan Francais adalah perniagaan yang memerlukan modal yang besar lebih kurang RM200 ribu ke RM2.5 juta sebagai permulaan. Biarpun Perniagaan francais sememangnya memerlukan modal yang banyak, namun keuntungan yang akan diperolehi juga adalah berganda walaupun pulangan modal mengambil masa yang lama sehingga menjangkau bertahun-tahun. Namun begitu tidak semua orang mampu untuk memiliki peluang berniaga dengan modal yang agak besar tersebut memandangkan status kewangan serta syarat-syarat bank yang agak ketat dalam memberikan pinjaman untuk memulakan perniagaan tersebut.

Perniagaan francais sememangnya mendatangkan keuntungan dari segi kewangan. Diantara perniagaan francais yang kita tahu adalah KFC, McDonalds, Stesen Minyak Shell, Petronas, 7Eleven dan sebagainya. Walaupun kekurangan @ ketiadaan modal yang mencukupi namun masih ada juga prospek yang ingin melakukan perniagaan francais kerana mereka yakin kepada diri mereka dan latar belakang perniagaan yang akan mereka ceburi. Oleh kerana itu, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Cosway untuk memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri didalam projek ini. kami merupakan dilantik dan mendapat pengiktirafan dari eCosway untuk mencari bakal-bakal stokist baru yang berkelayakan terutamanya Bumiputra. Jika anda memohon untuk membuka Stokist melalui kami, kami akan sedaya upaya menolong anda dengan menyediakan contoh proposal yang terbaik dan bantuan-bantuan lain demi memastikan anda berjaya membuka stokist impian anda. Kerjasama dua hala ini memastikan keuntungan sama rata antara kedua-dua belah pihak (anda dan kami)

eCosway telah membuka peluang Projek Francais Tanpa Modal Dan Risiko kepada semua rakyat Malaysia untuk memulakan perniagaan bersama mereka dan berganding bahu bersama-sama demi mencapai kesejahteraan hidup dan matlamat menguasai dunia francais MLM dengan penubuhan stokist-stokist baru di seluruh Malaysia dan serata kawasan. Cosway adalah Syarikat dibawah Berjaya Berhad dan Berjaya menyuntik modal sebanyak 500 juta kepada Cosway untuk menjalankan projek ini. Peluang keemasan oleh eCosway ini perlulah direbut segera kerana eCosway sedang mengejar target mereka untuk memenuhi kuota Bumiputra yang diarahkan kerana jika tak cukup target lesen mereka akan ditarik balik. Pelancaran projek Fasa 1 ini telah bermula semenjak tahun lepas iaitu pada Mac 2008 dan Fasa 2 pula bermula April 2009. 1000 buah Sales Centre khas untuk Bumiputra akan di buka di seluruh Malaysia, 300 kedai daripada itu akan dibuka di KL Apa yang menariknya projek ini, peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sama sekali dan semua kelengkapan kedai serta stok adalah tanggungan pihak eCosway. Setiap stokist yang boleh dibuka pula mestilah dalam jarak lingkungan 1 km dengan stokis yang lain. Projek francais eCosway menyediakan semua kemudahan tersebut termasuklah :-

1. Sewa bulanan secara PERCUMA.
2. Deposit permulaan kedai PERCUMA.
3. Renovasi keseluruhan secara PERCUMA.
4. Infrastruktur PERCUMA.( TV Plasma, DVD Player, Aircondition, pemasangan
CCTV,Komputer,Mesin swap kad kredit dan semua kelengkapan asas kedai ).
5. Stok bernilai RM300,000-RM500,000 PERCUMA.
6. Bil elektrik dan air PERCUMA.
7. Promosi syarikat PERCUMA.














Projek bersama eCosway merupakan satu-satunya projek francais yang hanya semata-mata menumpukan untuk matlamat mencari stokist bukannya untuk bertujuan membina network seperti group-group yang lain yang hanya berminat untuk membentuk rangkaian tetapi tidak menumpukan soal-soal pencarian stokist. Sudahlah begitu,mereka pula mengenakan syarat-syarat yang agak membebankan bakal pemohon seperti memerlukan ev (jumlah nilai jualan) yang tinggi sebagai syarat permohonan. Itu hanya menguntungkan mereka semata-mata. Ini boleh mencemarkan nama baik projek yang sedang eCosway jalankan kerana hakikat yang sebenarnya bukanlah begitu.

Projek eCosway ini telah di buka juga di seluruh negara lain juga seperti di Indonesia - 2000 sales centre, China - 5000 sales centre, Thailand – 2000 sales centre, Singapore - 500 sales centre serta banyak lagi negara-negara yang terlibat dalam projek ini..antara lainnya Jepun, Korea dan India. Jika kita mempunyai kenalan di sana pun masih boleh berpeluang membuka sales centre mereka sendiri di kawasan yang mereka duduki sekarang. eCosway telah menetapkan lokasi yang strategik serta sesuai untuk kita berniaga, antara lokasi yang telah di tetapkan termasuklah :-

1. Kawasan kedai bawah kondo/apartment seperti sebelah kedai dobi atau kedai runcit.
2. Shopping mall spt Giant, Tesco, serta Jaya Jusco - ini kerana Cosway sendiri telah buat perjanjian dalam kawasan shopping mall tersebut mesti ada ecosway punya
kedai.
3. Shoplot / rumah kedai.
4. Pekan-pekan kecil atau bandar kecil.


Ciri-ciri stokis eCosway

1. Produk melebihi 5000 jenis.
2. Setiap bulan Cosway akan memperkenalkan produk baru.
3. Katalog promosi bulanan akan dihantar ke setiap ahli.
4. Perniagaan barangan harian rumah yang mengundang ulang belian tinggi.


Barangan jualan kedai stokist

1. Barangan rumahtangga - pencuci lantai, sabun, pencuci pinggan mangkuk dan sebagainya.
2. Perkakasan dapur - peralatan memotong makanan, pencincang, pengupas bawang dsb.
3. Produk kosmetik & jagaan kulit/rambut-bedak, krim, losyen, pencuci muka, dye rambut dsb.
4. Perkakasan kenderaan - cecair penjimatan minyak dsb.
5. Barangan makanan harian - biskut, roti, kek dsb.
6. Barangan elektik - mesin kacang soya, sandwich maker, blender dsb.
7. Keperluan peribadi - tuala wanita, pencukur, bra dsb.
8. Supplemen kesihatan - jamu, pil-pil vitamin, energy pendant dsb.
9. Dll








PENDAPATAN STOKIST:

Pendapatan 1
Pendapatan dari Plan eCosway ini adalah komisyen 10% (5% jika kedai dalam hypernarket - sebab sewa bulanan tinggi dan keuntungan besar) dari keseluruhan jualan bulanan produk di kedai tersebut..jadi sesiapa yang membuka sales centre mereka sendiri maka automatik 10% daripada sales produk dia akan dapat..contoh sebulan kedai dia dapat RM150,000 x 10% maka total bersih dia dapat RM15,000. Tak perlu bayar sewa, bil elektrik, air serta renovation lagi, sebab tu semua cosway yang tanggung.

Pendapatan 2
Dari network Income contohnya ahli yang mendaftar di bawah stokis kita, kalau mereka nak beli barang secara diskaun dan mendapat kupon redemption (penebusan) mestilah la jadi ahli supaya dapat semua kelebihan tersebut jadinya bila kedai kita sendiri dah buka nanti, setiap keahlian dan pembelian melalui orang bawah pun kita masih menikmati komisyen tersebut. Begitu juga dengan mereka yang memohon untuk membuka stokis melalui anda, jika permohonan mereka berjaya, anda yang akan mendapat komisyen. (Branch Override)

Pendapatan 3
Melalui pendaftaran Umobile. Sekarang ni Umobile merupakan salah satu anak syarikat under Berjaya Berhad. So sesiapa yang ahli eCosway automatik akan menggunakan talian Umobile 018 secara percuma ke no 018 yg lain. Setakat ini mereka akan melebarkan rangkaian mereka di seluruh Malaysia dan masih lagi dalam proses untuk sampai ke Sabah dan Sarawak. Setiap kali kita bawa masuk ahli daftar untuk eCosway Umobile dan stokis pun proses. So setiap kali proses pendaftaran akan dapat komisyen RM 60/100 jika di stokis KL pendapatan dari pendaftaran Umobile sahaja hampir RM18,000 setiap bulan untuk stokis.

Pendapatan 4
Sales Target Achievement. Ini kalau kita capai sasaran sales untuk bulanan tersebut maka akan dapat la bonus ni. Jika tak dapat sasaran pun tak ada apa-apa masalah, cuma tak dapat la bonus bagi bulan tersebut.

Pendapatan 5
Melalui pemprosesan keahlian eCosway, setiap stokis layak untuk mendapat 4% dari nilai pendaftaran tersebut jika ahli tersebut menggunakan cash 2% jika ahli menggunakan kad kredit.

Pendapatan 6
Pendaftaran eCosway Ambank Kredit kad serta Debit kad. Setiap pendaftaran akan diberikan RM50 untuk proses. Jika layak atau tidak itu adalah kuasa bank yang terlibat. Jadi jika kita usul sahaja permohonan tersebut automatik kita akan dapat komisyen dari proses borang tersebut. Bukannya dah approve baru kita dapat komisyen. Setiap ahli yang gunakan kad tesebut, setiap kali swap...kita akan dapat eV iaitu dalam bentuk bonus dan duit...so jika ramai downline kita yang guna kad kredit lagi banyak la eV yang kita kumpulkan..antara lain kegunaan untuk shopping serta beli tiket kapal terbang.

Pendapatan 7
Cabutan wang tunai untuk kedai bertuah yang terpilih-hadiahnya RM 10k

Pendapatan 8
Melalui jualan secara manual melalui katalog kepada jiran-jiran atau kawan.








Saya rasa mungkin anda pernah mendengar tentang program ini dimana-mana yang menyatakan syarat untuk membuka stokis ini memerlukan RM50K atau sebagainya untuk cagaran. Ini merupakan khabar angin yang tidak berasas sama sekali. Begitu juga ada yang menyatakan bahawa untuk memohon projek francais ini haruslah membentuk network atau rangkaian untuk melayakkan anda memohon. Itu juga adalah tidak tepat. Buka stokis dulu, dapat keuntungan dan binalah network anda sendiri. Bila dah berjaya orang yang akan cari kita, bukan? Bila orang nak jadi ahli pun orang akan pergi ke stokis, betul tak? Saya hanya ingin membantu anda semua supaya berjaya membuka stokis anda sendiri. Itulah matlamat utama saya hanya untuk sama-sama mendapat keuntungan bukan hanya saya tetapi untuk anda semua. Anda dapat buka stokis, anda yang mendapat pulangan. Saya pula mendapat komisyen daripada stokis yang akan anda buka.

SYARAT-SYARAT BUKA STOKIS

1. Mesti la ahli B.O eCosway - syarat Wajib siapa yang belum mendaftar sila hubungi saya, ni kalau tak daftar siapa yang nak kasi komisyen. k. Cara nak mendaftar nanti, anda mesti pergi ke mana-mana stokist Cosway dan bagi tau nak daftar untuk BO (BUSINESS OWNER) dengan bayaran RM 100. Dekat borang tu nanti masukkan ID Penaja iaitu saya MY xxxxx. Dah daftar nanti sms saya nama penuh, no tel anda dan alamat stokist tempat anda mendaftar. Saya akan hubungi stokist terbabit untuk pengesahan.
2. Wanita - kerana kebanyakan produk eCosway adalah barangan Wanita. Jadi jika lelaki nanti malu la customer nak tanya size cup bra yang available nanti...betul tak? Jika lelaki pun boleh jadi ahli.. tapi yang memohon mesti la wanita samada wife, adik beradik, atau kenalan.
3. Umur 25 - 55 Tahun.. ni hanya lah guideline saja.. jika 21 tahun pun masih boleh buka stokis sekiranya dia matang serta berminat utk berniaga... jika umur tu 55 atau lebih pun boleh tapi mesti la sihat tubuh badan...cerdas dan cergas.
4. Pendidikan minimum SPM - ni semata2 guideline sahaja...tapi kalau PMR pun tak apa asalkan tahu membaca, mengira dan menulis.
5. Tahu Asas Komputer.
6. Boleh menyediakan sekuriti deposit sebanyak RM 10K bersama 2 penjamin bergaji RM 3-3.5k atau seorang penjamin jika bergaji RM 5k keatas. Ataupun jika tak mahu penjamin maka deposit RM 30k diperlukan.
7. Tapi takpe kalau tak ada modal sebanyak tu, pinjaman dan guarantor boleh kami uruskan. Jangan risau kerana jika anda mohon melalui saya, kerana saya direct terus dengan upline yang paling atas, jadi itu bukanlah satu hal besar kerana kami ada wakil kami di setiap institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam projek ini asalkan aje anda lulus temuduga kami dan menerima surat tawaran @ offer letter dari eCosway yang bermakna anda layak untuk mengusahakan projek francais kami. Bila dah dapat surat tawaran dari pihak Cosway, mereka akan meminta anda merujuk surat tersebut semasa memohon loan di mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam projek ini (contohnya BSN), serta-merta loan anda akan diluluskan 100%.. Ini adalah jaminan Cosway. Kita orang melayukan so kita sama –samalah tolong bangsa kita sendiri.
8. Dinamik serta bersifat usahawan.

BAGAIMANA NAK MOHON...??

1. Isi borang stokistship yg boleh di perolehi dari saya atau (Wakil Francais konsultan).
2. Pilih lokasi anda rasa sesuai dan ambil gambar serta buat sedikit survey di kawasan tersebut antara nya kepadatan penduduk serta bilangan kaum dan keluasan
kawasan
3. Samada kita nak convert ke perniagaan yang sedia ada pun boleh juga... ni antara lain buka peluang pada kawan-kawan kita yang sudah ada perniagaan tapi hidup
segan mati tak mau..hehe...so kita boleh bagi peluang ni pada mereka juga...
4. Contoh Proposal kami sediakan. Anda hanya perlu ikut sahaja.





PROSES PERMOHONAN

1. Hantar borang pada saya atau (Wakil Francais Consultant) untuk di hantar ke HQ di KL. Jangan lupa belajar tentang produk kerana itu akan ditanya dalam temuduga
nanti. Senarai tu akan saya bagi juga selepas anda mendaftar.
2. Aktifkan extra incentives dalam masa 30 hari selepas mendaftar :-

- minimum 100 ev (untuk satu cawangan) = RM 440
- 250 ev untuk 3 cawangan yang anda ingin buka = RM 1080
- 500 ev untuk tak terhad berapa banyak cawangan yang ingin dibuka
(saya akan bagi list pakej produk selepas anda mendaftar sebagai BO nanti)
3. Tunggu untuk temuduga dalam 1-2 bulan selewat-lewatnya (bergantung kepada lokasi yang anda pilih, jika tempat tu didapati ada potensi maka cepatlah proses pembukaan stokis. Kadang-kadang tak sampai sebulan).
4. Lulus temuduga akan di hantar training selama 7-10 hari.
5. Final step sebelum masuk meniaga kita kena sediakan deposit RM10,000. Ni syarat semata-mata sama macam sewa rumah..mesti ada deposit.. so kalau kita nak niaga lagi boleh pulangkan semula RM10,000 tu akan dikembalikan.
6) Seperti yang saya nyatakan tadi, loan akan kami uruskan sekiranya anda tiada modal sebanyak tu. Jaminan eCosway ialah apabila saja anda lulus temuduga, proses renovatian kedai pilihan anda telahpun bermula walaupan loan yang kita apply melalui eCosway tadi belum lagi dapat keputusan. Ini bermakna eCosway begitu yakin akan peratusan kejayaan loan akan diluluskan kerana institusi kewangan yang terlibat memberi pinjaman merupakan rakan dagangan usahasama eCosway juga. Pihak bank juga tak minta apa-apa sebagai cagaran. Lagipun anda hanya perlu membayar deposit terbabit bila kedai sudah siap sepenuhnya dan barang-barang pula sudah dimasukkan hanya menunggu masa ianya beroperasi sahaja.
7. Saya juga telah dapatkan pengesahan daripada pihak stokis Bumiputra yang sudah berjaya membuka sales centre mereka bahawa segala yang eCosway janjikan adalah benar termasuklah proses pinjaman mereka diluluskan dengan cara yang mudah sekali tanpa kerenah birokrasi dan mereka pun dah dapat hasilnya sekarang. Saya akan beri no tel stokis terbabit sekiranya anda mendaftar. Mereka ini pun bukanlah daripada golongan yang mempunyai wang secukupnya untuk memulakan perniagaan, tetapi melalui eCosway mereka berjaya menunaikan impian mereka dan amat berterima kasih kepada eCosway atas peluang yang diberikan.
8. Tentang Penjamin ini pula ialah untuk buktikan pada Cosway yang kita ni orang yang boleh dipercayai, tapi penjamin tak perlu risau apa-apa, mereka tiada tanggungjawab atas kehilangan barang serta masalah kecurian kerana Cosway ada insurance serta apa-apa masalah mereka rujuk pada pihak Polis serta CCTV, jadi mereka ni cuma jaminan untuk layak buka kedai sahaja tiada kena mengena masalah yang akan datang.
9. Apabila anda yang lebih awal memohon untuk membuka stokist di sesuatu kawasan, Cosway akan reserve tempat tersebut untuk pemohon tadi dan seterusnya block tempat tersebut daripada pemohon lain. Maksudnya pemohon lain tidak boleh mencadangkan kawasan tersebut didalam permohonan mereka sehinggalah pemohon awal tadi lulus dalam temuduga. Jikalau pemohon awal gagal didalam temuduga mereka barulah sekatan tadi akan ditarik balik dan dibuka semula untuk pemohon lain. Oleh itu adalah penting untuk anda bersedia dalam temuduga tersebut. (apa yang akan ditanya dalam temuduga tersebut kami akan bimbing anda nanti)

Sekian,terima kasih dari saya. Inilah serba sedikit tentang penerangan yang dapat saya berikan untuk anda. Semoga anda dapat memahami program ini sebaik mungkin dan seterusnya berani untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda. Jangan lepaskan peluang ini sementara ia masih terbuka luas untuk anda. Ingatlah bahawa masa itu emas. Jika terlepas peluang anda yang akan rugi nanti. First come, first serve.

SOALAN2 DAN JAWAPAN LAZIM DITANYA SEMASA INTERVIEW



Untuk tempoh permulaan 10 minit pertama anda dan penemuduga akan beborak pasal kehidupan anda (bukan berkenaan dgn bisnes) point yg ditanya:

· Family
· kerjaya sekarang
· anak2
· masa berkerja
· suasana bekerja
· masa cuti
· hobi
· kenapa mahu buat bisnes ni?
· macamna nak handle bisnes nie dari segi kerjaya sekarang jika terpilih? (berhenti jwpn nya.. cakap dah buat persediaan untuk berhenti)
· macamna dgn famili dan anak2 nanti? (cakap dah ada pembantu abang atau kakak atau adik atau sedara yg akan jaga anak dan bantu kedai..jgn cakap MAK atau AYAH sebab mereka dah berusia kurang sesuaii..)

Anda WAJIB juga tanya pada penemuduga soalan2 ni:

· encik asal org mana dan di KL tinggal dimana?
· puji2 sikit penemuduga kata dia mesti banyak pengalaman handle temuduga dan bermacam2 org dah jumpa..
· rancakkan perbualan dengan senyum dan mesra..(jgn nampak kaku)
· Andai penemuduga kata dia berasal dari temapat ni(contoh : JB), katakanlah pada dia awak nie selalu turun ke JB kata ada sedara kat sana.. (ini penting bagi nampakkan satu jalinan perbualan yang lancar dan mesra)

BAHAGIAN 2 - (product knowledge & selling skills)

Encik Azhar.. tlg terangkan fungsi product SE pendent ni??
Cara jawab : Pertama sekali

· pegang product tersebut
· rapatkan diri anda dgn penemuduga
· tengok muka penemuduga dan expalained product tersebut. (anggap penemuduga mcm pembeli)
· selalunya SE pendent kita kena tambahkan dgn Magnetic necklaces untuk keberkesanan yang maksimum..
· jgn lupa setiap product yg diterangkan kita kena tau anggaran harga product tersbut (ini kerana jika product tersebut beharga dalam rm20, kita bole cadangkan pada penemuduga TAMBAHAN product lain yang beharga sekitar rm 10 ( colklat2 biasanya dalam rm10) untuk
· MELENGKAPKAN harga menjadi rm30 (kebaikan dapat 1RC-redemption coupon) explained kenapa perlu lengkapakan RM30 dan dapat 1RC?? (jwpn: untuk dapat redem@tebus barang2 yg dioffer dgn guna kupon tersbut ) cara untuk tebus boleh rfer pd buklu Redemption atau pada barang2 redemption yg ada di kedai tersbut. lagi banyak kupon terkumpul, lagi banyak dan bernilai barang yg akan dapat di tebus nanti)

PRODUCT2 YG WAJIB ANDA TAHU ADALAH:

- SE pendent
- Nano water
- Ecomax pencuci dan brg2 lain Ecomax berkaitan dgn pencuci
- Bioglo products.
- Supplement food : chorella & spirulina, glucosomine & chondroitine(untuk sendi2 lutut dan tangan)

Tips Menjawab setiap product mcm saya explained SE pendent tadi..KONSEP MENJAWAB sama! produk sahaja BERBEZA!


Pastu kena tau juga apa makna BO, VIP SHOPPER, RC, RP, maintenance, QU
ecosway dah beroperasi diberapa buah negara? apa beza eCosway dan Cosway?
eV set package ( 100 ev@rm440-rm500, 250eV@rm1080-rm1200, 500eV@rm2180-rm2300 )

kena tau juga kiraan komisen ASAS bisnes apa dimaksudkan dengan :

- Keuntungan Runcit
- Cawangan berganda
- Insentif Prestasi Cawangan
- Insentif ekstra

Semua JAWAPAN (kecuali product knowledge & Selling Skills) ada di dalam buku Finally @ BETTER WAY beharga rm10 tu.,.

4 PERKARA UTAMA WAJIB DIKETAHUI SEBELUM TEMUDUGA


(1) Pengetahuan tentang fungsi produk-produk terpilih





(Products knowledge)








Ada 48 jenis produk shj yang wajib diketahui fungsi-fungsinya.





eCosway keseluruhannya memiliki hampir 5000 jenis produk
















(2) Cara-cara yang sebetulnya bagi mempromosikan produk-produk tersebut


(Selling Skills)




















(3) Konsep Pemilikan Perniagaan Global yang diamalkan oleh syarikat eCosway


(A Revolutionary In Global Business Ownership)
















Formula Kejayaan eCosway








Konsep harga









konsep Promosi









Koonsep Fizikal









Pelan Keuntungan




















Ganjaran Belian- Slogan : Jimat, Raih dan Menang!





Mata Penebusan (RP) Redemption Point







Kupon Penebusan (RC) Redemption Coupon






Kad Bank Jenama (Ambank & eCosway)







Mata Nilai Kad (CVP) Card Value Point







Lelongan CVP(tebus barang-barang berjenama menggunakan CVP)















(4) Pelan Perniagaan








(Marketing Plan)




















Apa yang perlu dilakukan selepas submit proposal?

















1
Buat latihan baca dan ingatkan fungsi-fungsi 16 produk dalam masa 1minggu.


Dengan ini jika selama 3 minggu, anda dah boleh ingat 48 produk.














2
Setiap minggu pergi ke mana-mana kedai eCosway yang berhampiran dengan



tempat tingal anda dan belajar secara teori dan praktikal 16 produk tersebut



Anda lebih yakin dan lebih mudah faham bagaimana untuk mempromosikan



produk-produk tersebut dengan lebih efektif

















Lakukan 2@3 seminggu di kedai berhampiran















3
Kenapa ianya mesti dibuat dikedai2 eCosway berbanding anda baca sendiri dirumah??


Jawapannya… Anda dapat belajar, tengok dan praktikan secara REAL dan jelas


cara yang SEBETULNYA .



















Anda juga akan dapat pengalaman yang REAL dan dapat rasakan seolah-olah



andalah pemilik kedai eCosway tersebut
















4
Lagi cepat anda belajar dan bersedia, lagi cepat temuduga dan peluang anda dapat kedai cerah!











5
eCosway akan lebih focus pada pemohon kedai yang betul-betul dan bersungguh-sungguh

nak memohon kedai. Bukan latar belakang kerjaya, pendidikan dan pengalaman berniaga

atau tiada pengalaman berniaga. So sebelum temuduga, tolong tunjukan kesungguhan


anda belajar dan tingkatkan ilmu ttg persediaan sebelum temuduga yang diberikan ini.













Company akan luluskan pemohon kedai walaupun lokasi kedai tersebut sudah ada


orang lain yang ambil etc.










PRODUCT FOR INTERVIEW SESSION


  1. Hexagon Water Filter
  2. Se Pendant
  3. Automax Nano Tech
  4. Ecomax Product
  5. Bioglo Goat Milk
  6. Biolo Pure Aloe
  7. Caviar
  8. Cell Lift Advance
  9. Total Pureness
  10. Bioglo Cell Renew
  11. Bioglo Pure Refiner
  12. Bioglo Pure White Ii
  13. Bioglo Rejuvenating O2
  14. Bioglo Omega-3 Serum
  15. Spirullina
  16. Chlorophyll
  17. Chlorella
  18. Plum Balls
  19. Mixed Vinegar
  20. Rice Bran
  21. Bio Q10
  22. Bio Glucosamine 500
  23. Supa Epa
  24. Evening Primerose Oil (Epo)
  25. Enzyme
  26. E Trienol
  27. Total Nutrition
  28. Golden Clams
  29. B-50 Complex

Please Read Others Product That Are Not Listed For Your Extra Knowledge.Good Luck For Those Are Being Call Up For Interview…..


PELUANG PERNIAGAAN TANPA MODAL e-FRANCISE PERTAMA DIDUNIA


  1. Kita ada satu projek francais. Tapi projek francais ni sangat special kerana ia tanpa modal. Saya belum pernah jumpa projek macam ni di mana-mana. Mungkin kita yang pertama yang buat projek francais tanpa modal macam ni di dunia! Kita nak bukak mini market. Macam 7 Eleven, jual barang serbaneka.
  2. Bila sebut francais, kita akan teringatkan McDonald, KFC, Old Town Kopitiam.
  3. Kalau francais lain, biasanya modal sekitar RM500k hingga RM1j.
  4. Contohnya kita bukak kopitiam. Meniaga ok atau tak ok, sewa tetap kena bayar. Kita tak boleh kata pada owner premis, “bos, meniaga tak ok bulan ni. Boleh tak kalau tak bayar sewa bulan ni?” Tapi meniaga apa pun, sewa tetap kena bayar.
  5. Company kita, Berjaya Group sekarang nak bukak 1000 kedai. Sekarang yang ada baru tak sampai 250 kedai. Kita nak offer kepada Melayu minimum 300 kedai. Tapi Melayu yang dah dapat baru 12 kedai. Yang lain semua Cina. India, Singh masih belum ada langsung.


Kat mana kita nak bukak?
  • Kita nak bukak di semua hypermarket di Malaysia ni. Di Giant, Tesco, Carrefour, EconSave.
  • Kita juga nak bukak di apartment bersebelahan dengan kedai dobi, salon dan kedai runcit.
  • Kita juga nak bukak di rumah kedai. Kalau boleh sebelah 7 Eleven, Speed99, Mydin, restoran Mamak 24 jam, Avon.


Apa yang company sediakan?
  • Bila dapat kedai, company akan buat renovation. Semua ubahsuai, aircond, rak, cermin, cctv, plasma tv, fax machine, computer dan printer, company yang sediakan. Kos semuanya dalam RM100k.
  • Bila kedai dah siap ubahsuai, barang pun sampai. Jumlah barang antara RM300k hingga RM500k. Tak payah bayar. Bila laku, baru bayar. Semuanya consignment based.
  • Cukup bulan, sewa kedai company yang bayar.
  • Pasang aircond hari-hari, lampu, computer pun guna hari-hari. Bila bil elektrik sampai dua ribu atau tiga ribu Ringgit, jangan takut, company jugak yang tanggung.
  • Pencuri samun, perompak bawak pistol pun jangan lawan. Insurance cover. Kedai terbakar pun insurance cover.


Apa yang perlu kita tanggung?
  • Bil air. Cuma berapa puluh ringgit je.
  • Bil telefon. Tapi kalau pakai 018 dah percuma. SMS, MMS, Voice Call, Video Call semua free.
  • Gaji budak yang bantu kita di kedai. Sorang baru 700-800.


Apa yang perlu dibuat?
  • Bila dapat kenal pasti kedai kosong yang bagus, sila ambil gambar depan, belakang dan persekitaran. Dapatkan maklumat jumlah penduduk sekitar. Juga kenal pasti kemudahan sekitar seperti stesen minyak, bank, pejabat kerajaan.
  • Kita nak tempat yang strategik, depan jalan. Jangan ambil kedai barisan belakang, sebelah wokshop atau bengkel. Kita juga tak mahu buka di tempat yang terlalu banyak bank dalam 1 deretan. Bila banyak sangat bank, parking susah dan malam takde orang.
  • Pastikan kedai kosong dan dapatkan nombor kontek.
  • Buat pilihan. 1st choice di tempat yang spesifik.
  • 2nd choice di mana-mana hypermarket di dalam daerah.
  • 3rd choice di mana-mana kedai di dalam daerah.
  • Bila dah submit proposal, pemohon mesti lulus interview.
  • Kita nak orang yang ada kualiti. Mesti pandai urus kedai. Mesti ringan mulut dan rajin.
  • Selepas lulus interview, company hantar training 10 hari. Semua ditanggung. Hotel 4 star, elaun makan RM50 satu hari. Tambang tiket kapal terbang pun kita bagi untuk pemohon dari Sabah & Sarawak.



Ada syarat tak?
  • Meniaga tanpa modal mesti ada syarat!
  • Syarat pertama pemohon mesti perempuan. Yang separuh tak boleh.
  • Syarat kedua pemohon berumur 25-50 tahun. Kalau umur 55 tahun tapi depan cermin macam 45 pun kita terima. Budak-budak bawah 25 tahun tapi nampak matured macam 25 pun kita terima.
  • Syarat ketiga kena jadi discount club member. (jadi ahli lah!).
  • Saya bukan bos, saya pun sama macam tuan-tuan. Saya cuma discount club member. Bayar RM100 saje.



Kenapa perempuan saja?
  • Sebab kita ada lebih 10 produk utama yang sensitive dan khusus untuk wanita. Lelaki susah nak jual. Perempuan juga lebih teliti dan boleh duduk dalam kedai. Kalau lelaki, baru duduk 10 minit dalam kedai dah nak keluar minum teh. Lelaki selalu mengular. Sembang berjam-jam. Tapi perempuan ok.
  • So lelaki nak buat apa? Lelaki boleh jadi pemohon bersama. Lelaki boleh suruh isteri atau adik beradik yang bukak. Kalau lelaki tu ada 4 isteri, boleh bukak 4 kedai.


Lelaki boleh buat apa?
  • Lelaki boleh jadi introducer. Katakanlah brader ni offer 10 kawan dia untuk bukak kedai tanpa modal. Siapa tak nak? 10 orang ni berminat dan apply dan lulus. Setiap bulan sales kawan tu adalah sales dia. 1 kedai komisen yang dia dapat dalam dua ribu. Kalau sepuluh kedai bermakna 20 ribu. Selagi kedai tu bukak, selagi tu brader ni dapat income.
  • Lepas tu kawan dia yang bukak kedai pun offer pada orang lain. Orang lain pun bukak kedai jugak. Dari 10 jadi 20, 20 jadi 40. Dalam tempoh 3 tahun dah boleh kembang jadi 200 kedai. 200 kedai kali RM2000 dah dapat RM400,000!!! Cukup tak?
  • Kita bukan nak bukak di Malaysia saja. Kita nak bukak di Singapura 200 kedai. Indonesia 3000 kedai. Thailand 2000 kedai. Korea 5000 kedai. Brunei, Taiwan, Macau, Australia, Hong Kong.
  • 2010 kita nak buka di USA, China, Vietnam, Jepun, New Zealand.
  • So bisnes ni besar. Kita bukan nak orang Melayu saja.


Apa nama kedai?
  • Nama kedai ialah e-cosway. Kita bukan cosway. Cosway dan e-cosway tak sama. Cosway dah lebih 30 tahun, e-cosway baru beberapa tahun. Konsep kedai pun baru setahun lebih. E-Cosway dan Cosway different management. E-Cosway open to Asia Pacific countries. Cosway cuma untuk orang Malaysia. E-cosway juga boleh online.
  • Konsep E-Cosway macam mini market, boleh tengok barang, masuk bakul. Kalau Cosway guna stokis, tengok kalatalog, bayar baru dapat.


Apa pendapatan kita?
  • Kita akan dapat komisen dari penjualan kedai sebanyak 10% untuk 6 bulan pertama dan 5% untuk bulan-bulan seterusnya. Selain itu, kita ada insentif tambahan. Sebenarnya insentif tambahan yang sangat banyak.


Ada
jumlah sasaran tak?

  • Ada. Jualan sasaran hanya 20x sewa kedai. Dan jumlah tersebut memang sangat mampu dicapai.

Pengikut